Wednesday, 28 December 2016

Filled Under:

Punca Lelaki Mandul Dan Tidak Dapat Anak Selepas Kahwin

Punca Lelaki Mandul Dan Tidak Dapat Anak Selepas Kahwin


mandulSetiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya inginkan kehadiran cahaya mata dalam sesebuah keluarga yang dibina hasil daripada perkongsian hidup selepas perkahwinan.
Bagi menyembungi perasaan itu, pasangan yang belum mendapat anak akan menggunakan alasan “Mungkin Belum Ada Rezeki” itulah sekadar jawapan yang mampu diberikan
Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini, tidak perlu menyalahkan pasangan masing-masing dan perlu amalkan sifat toleransi
Tetapi pernahkah anda terfikir apa puncanya?
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh agensi kesihatan dan perubatan dunia mendapati, golongan lelaki lebih ramai dikesan mengalami masalah ketidaksuburan (Mandul) dan antara beberapa puncanya seperti berikut

MEROKOK
Merupakan salah satu tabiat buruk yang berkaitan dengan kemandulan lelaki. Nikotin dan tembakau boleh merosakkan sperma serta mengurangkan jumlahnya
OBESITI/ KEGEMUKAN
Berat badan anda juga salah satu unsur yang mempengaruhi kesuburan. Obesiti menyebabkan perubahan hormon menjadi abnormal, hingga mencetuskan timbulnya kemandulan
STRES
Stres boleh disebabkan oleh gaya hidup atau tekanan kerja. Ia merupakan salah satu pencetus utama ketidaksuburan lelaki. Dalam beberapa kes stres juga mengakibatkan disfungsi erektil dan kurangnya pengeluaran sperma
STEROID
Steroid yang digunakan oleh lelaki untuk membentuk tubuh. Sebenarnya ini boleh menyebabkan ketidaksuburan pada lelaki
MANDI AIR PANAS
Menggunakan air panas sebagai rutin mandian harian, apalagi berendam, boleh merosakkan sperma dan mendorong terjadinya kemandulan
RADIASI TELEFON BIMBIT
Apabila anda meletakkan telefon di dalam poket seluar, maka radiasinya boleh mempengaruhi testis. Jika ini dilakukan terus-menerus, boleh mencetuskan disfungsi erektil dan ketidaksuburan pada lelaki
ALKOHOL
Alkohol mengurangkan pengeluaran testosteron, yang akhirnya mengurangkan jumlah sperma. Lama-kelamaan, hal ini boleh mencetuskan kemandulan
HUBUNGAN TERLARANG
Mengalami jangkitan kuman dan penyakit kelamin yang terlular ketika melakukan hubungan seks bebas dengan wanita yang membawa kuman gonorhea, sifilis, HIV, herpes, genital, dan  sebagainya
MATI PUCUK ATAU DINGIN TERHADAP HUBUNGAN SEKS
Mengalami mati pucuk, impoten, lemah tenaga batin, pancutan air mani yang pramatang, zakar mengecil, hilang ghairah atau nafsu seks.
Sebenarnya banyak lagi punca masalah ketidaksuburan dari sudut pandang kesihatan. Bagi menyelesaikan masalah ini pasangan yang sudah lama berkahwin dan belum mendapat anak perlu menjalani ujian kesuburan bagi mengenalpasti punca sebenar kepada masalah tersebut
Bagi lelaki, ujian air mani adalah disarankan, ia bertujuan untuk mengenalpasti kemampuan menghasilkan sperma dan tahap kesuburan, sama ada sperma cukup bilangan atau aktif
Jika sah ada masalah, ujian susulan perlu dilakukan untuk mengenalpasti sebab masalah itu berlaku supaya rawatan sewajar dapat dilakukan
Proses pemulihan masalah sperma mengambil masa agak lama iaitu sekurang-kurangnya tiga hingga sembilan bulan sebelum menampakkan hasil




0 comments:

Post a Comment